Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Gunung Senyum

Imej
Saya dan famili saya sudah beberapa kali ke Gunug Senyum.  Gunung Senyum  terletak di  Felda   Jengka 25 , Jengka,  Pahang.Gunung Senyum hanya 30 minit perjalanan dari rumah saya. Gunung Senyum memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Gua-gua di sini dibawah jagaan  PERHILITAN.  Apabila sampai di sana sebelum memulakan pengembaraan, kita perlu mengisi maklumat seperti nama dan bilangan orang di pejabat. Kami akan mengikuti laluan ringkas yang memakan masa 1 jam berjalan kaki. Anda juga digalakan membawa air dan makanan ringan. Kami akan makan dan berehat selepas sampai semula ke hadapan.  Bagi laluan ringkas, anda akan melalui   Gua Terang Bulan, Gua Makam Tok Long, Gua Danau Impian, Gua.Gajah, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Anda dapat melihat  gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan  stalagtait  dan  stalagmait. Setiap gua terdapat papan yang menceritakan nama dan sejarah gua tersebut. An...

Pulau Tioman

Pada April 2013, saya, abang dan kakak ipar ke Pulau Tioman. Pulau Tioman terletak di daerah Rompin, Pahang. Pulau Tioman mempunyai 8 buah kampung.Kami memilih untuk menginap di Kampung Genting. Kami menaiki feri dari Tanjung Gemuk, Rompin. Pelancong juga boleh menaiki feri dari Mersing. Lapangan terbang juga ada di Kampung Tekek.Pelbagai cara pengangkutan untuk ke Pulau Tioman. Kami memilih masa bertolak dari Tanjung Gemuk paling awal.  Kami disambut oleh wakil resort di jeti. Selesai check in bilik, kami terus berenang dan berehat di pantai.Pasir putih dan air jernih.Sambil berenang kami dapat melihat ikan-ikan dan hidupan dalam air. Kami dapat melihat lebih banyak ikan di sekitar jeti. Sebelah malam, selesai makan malam kami ke restoran dan ke sekitar jeti. Kami menikmati pemandangan sebelah malam. Udara sejuk membuatkan kami leka di sekitar jeti. Kami tidur dengan lena malam tersebut kerana seharian di pantai.  Hari kedua selesai sarapan pagi, kami mengikuti trip ...

Lata Meraung

Lata Meraung  merupakan kawasan air terjun yang berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' merujuk kepada kawasan air terjun, manakala 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-olah bunyi orang meraung.Secara gurauan, memang meraung untuk sampai ke sini kerana lata ini jauh dari jalan besar.Pengunjung terpaksa melalui jalan kampung yang kecil. Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam.Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15km. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta. Terdapat beberapa peringkat air terjun di Lata Meraung. Bagi pengunjung yang datang berkeluarga, mereka boleh memilih untuk mandi-manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ianya lebih selamat. Namun, pengawasan perlu kepada keluarga dan anak-a...

Bukit Gambang Resort City

Imej
Pada Disember 2013, saya dan famili bercuti di Bukit Gambang Resort di Gambang, Kuantan. Saya dapat tiket murah dari kawan baik saya. Kami bermalam di sini. Resort ini ada dua jenis taman iaitu safari park dan water park.  Hari pertama,  kami ke safari park.Sewaktu kami ke sana, safari park masih dalam pembangunan dan kebanyakan haiwan masih peringkat kecil. Pelbagai jenis binatang yang dapat kami lihat. Mereka juga ada mrnyediakan persembahan.Bahagian safari juga ada bahagian haiwan bebas. Kami menaiki bas ke bahagian tersebut.Kami dapat melihat haiwan seperti harimau. Sebelah malam pula ada night safari. Kami juga tidak melepaskan peluang ke night safari. Persembahan bermain api ada pada waktu malam. Keesokannya kami memasuki pula water park. Di sini kami menyewa kabanna untuk berehat. Makanan luar tidak dibenarkan. Saya mencuba semua jenis slide dan permainan lain. Saya rasa sangat seronok mencuba pelbagai jenis slide. Pelbagai jenis permainan ada untuk dewasa dan kanak-...

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.  Pelawat boleh menyertai aktiviti yang akan bermula dari jam 10.30 pagi. 10.30 pagi – 12.00 tengahari : Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik. 1.00 & 1.30 petang : Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan. 2.15 petang​ : Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas. 2.45 -3.15 petang : Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan keboleha...

Taman Negara Kuala Tahan

Imej
Hujung minggu selama 2 hari dan 1 malam, kami bertiga mengikuti trip lone ranger di Taman Negara Kuala Tahan. Saya, sahabat saya dan seorang rakan sekerja saya bertolak dari rumah ke Taman Negara. Saya telah lama merancang untuk ke taman negara. Walaubagaimanapun hasrat tidak tercapai atas faktor tiada masa yang sesuai. Tengah tahun saya melewati laman web taman negara. Saya terbaca ada trip bagi orang yang kekurangan kawan untuk membentuk kumpulan untuk memasuki taman negara. Saya dan sahabat merancang untuk pergi berdua.Saya bertanya kepada kawan sekerja saya dan dia juga ingin mengikuti trip kami. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10am dan sampai ke taman negara pada pukul 1pm. Kami ke taman negara melalui jalan darat. Keadaan jalan ke sana elok dan sesuai untuk kenderaan biasa. Setelah kami sampai di sana, kami ke pejabat untuk mendengar taklimat dan seorang wakil membawa kami ke tempat penginapan. Kami hanya perlu berjalan kaki dari homestay ke jeti Kuala Tahan.Kami ma...

Teluk Kemang, Port Dickson

Imej
Cuti-cuti PD : Dis 2016 (2D 1N) *********** ⏲ Perjalanan ke PD⛱ 142658 km - dari rumah kawan , jam 10.15 pg 142762 km - sampai ke Batu Kikir Negeri Sembilan 142803 km - sampai Senawang, jam 12.20t/hari                      - sampai tol, caj rm3.20 jam 12.50t/hari 142846 km - sampai Hotel Mesra, Teluk Kemang jam 1.10ptg 💳 Tol = rm6.40 ⛽Petrol = rm50 __________ 🚘Perjalanan dari PD ke 🏠 142865 km - dari PD, jam 2.15ptg 143056 km - sampai rumah kawan, jam 6.30ptg Saya dan seorang sahabat merancang untuk bercuti bersama.Kami akan cari masa untuk bersama.Kali ini kami merancang untuk ke Port Dickson. Seorang lagi sahabat kami sarankan agar kami mencari tempat penginapan di Teluk Kemang.Kami melihat beberapa opysen akhirnya kami memilih Hotel Mesra, Teluk Kemang.harganya murah dan strategik. Pagi sabtu selepas sarapan di kedai dan mengisi petrol, kami memulakan perjalanan.Perjalanan lancar dan ada ketika kam...

Lawatan ke Perth, Australia

Imej
16/4/2017 (Ahad)  a) Perjalanan ke Perth : 9.45 am - 4.41 pm b) Penginapan di The Alderney on Hay Apartments : 5.20 pm  17/4/2017 (Isnin)   a) Mandurah Canal Cruise : 9.45 am - 11.00 am b) E-shed Mart di Fremantle Ports (dibuka pada Jumaat - Ahad & Cuti Am) : 11.00 am -1.00 pm c) Kailis Fish Market Cafe di Waterfront Fremantle : 1.00 pm - 2.00 pm d) Fremantle Roundhouse : 2.00 pm - 2.10 pm e) Fremantle Market : 2.20 pm - 2.40 pm f) Watertown Brand Outlet Centre : 3.20 pm - 5.00 pm 18/4/2017 (Selasa) a) Caversham Wildlife Park : 9.27 am - 11.20 am b) Margaret River Chocolate Factory : 11.35 pm - 12.30 pm c) The House of Honey : 12.35 pm -12.45 pm d) Makan2 Cafe & Chemist : 1.25 pm - 2.20 pm e) Carousel Westerfield : 3.45 pm -5.15 pm 19/4/2017 (Rabu) a) Raeburn Orchards : 10.00 am- 10.30 am b) Masonmill Fresh Gardens : 10.45 am - 11.45 am c) Restoran Love & Care : 1.00 pm-2.00 pm d) City Central : 2.00 pm - 3.15 pm e...

Latihan menunggang kuda di Kampung Permatang Badak, Kuantan

Imej
Saya telah lama berharap untuk belajar menunggang kuda.saya hubungi equine centre,pada mula saya ingatkan slot saya hanya sekali tetapi pemilik ambil keputusan untuk memberi saya 5 slot iaitu pagi dan petang kerana saya berada jauh dari sini dan saya susah untuk ke sana.pemilik juga berkata untuk latihan perlukan sesi yg tidak jarak banyak harinya. Maka bermula hari jumaat merupakan slot pertama saya.saya tidak pernah menunggang kuda selama ini.saya sukakan kuda tetapi saya takut untuk menunggang.Tiga pusingan pertama tunggangan saya dipandu oleh pemilik.seterusnya saya dibiarkan untuk menunggang sendiri.saya masih rasa tidak yakin.sesi pertama saya tidak berjaya mengawal kuda.sesi pertama dalam 40 minit. Antara sifat kuda yang saya tahu dan diberitahu ialah kuda sangat manja dan kuda akan mengenali kita melalui bau badan kita.kuda akan percaya pada kita jika kita memberi makan dengan tangan kita sendiri dan memandikan kuda.selain itu kuda tidak akan berjalan atau melepasi paga...

Latihan menunggang kuda di Pantai Balok, Kuantan

Imej
Hujung minggu baru ini saya pergi ke Kampung Permatang Badak, Kuantan untuk menyambung latihan menunggang kuda. Latihan pada hari sabtu pagi dan petang dan ahad pagi. Saya bertolak dari rumah pagi sabtu pada pukul 7.15am dan sampai di padang latihan pada 9.30am. Sesi pagi bermula sebaik sahaja saya bersedia. Walaupun rasa agak penat selepas memandu tetapi saya cuba untuk fokus berlatih. Saya masih lagi fasa walk dan saya cuba untuk trot. Saya hanya mampu trot untuk seketika.Jurulatih memberi semangat kepada saya dan mengatakan bahawa ramai yang seperti saya agak lambat untuk belajar trot tetapi akhirnya berjaya setelah beberapa sesi. Jurulatih mengingatkan kepada saya latihan perlulah konstan. Jurulatih memberitahu disebabkan oleh kekangan masa dan jauh, seelok-eloknya latihan saya sebulan sekali dengan 4 sesi. jurulatih berkata orang yang agak berisi badan agak sukar untuk membuat trot tetapi dengan latihan dan semangat boleh berjaya. Selesai sesi latihan pagi saya makan tengaha...

Kuantan

Imej
Cuti-cuti ke Kuantan : Feb 2017 (2D 1N) ****************************** ⏲Perjalanan dari  Rumah saya ke Rumah kawan 🏡(03/02/2017) 144280 km : dari tempat kerja kul 5 pm 144453 km : samp rumah kawan kul 7.26 pm ⏲Perjalanan dari  rumah kawan ke Kuantan⛵ (04/02/2017) 144453 km : dari rumah kawan kul 10.37am 144532km : samp Gambang kul 11.45pg 144558 km - samp Megamall Kuantan kul 12.26pm & makan tengahari di Nasi Ayam Penyet-AP 144569 km - check-in Mega View Kuantan - 4pm samp Kuantan Parade - 5.30pm samp 7.30pm tonton Great British Circus - 8.30pm makan di Projekt Makan ⏲Perjalanan dari Kuantan ke rumah kawan  ke rumah sendiri 🏡(05/02/2017) 144569 km : check-out Mega View Kuantan kul 10.30am 144597 km: makan Nasi Kukus My Mama Gambang kul 12.07pm 144674 km : samp rumah kawan kul 1.25pm 144858 km : tolak dari rumah kawan kul 2pm & samp rumah sendiri kul 4.35pm Awal Februari saya dan kawan baik saya bercuti ke Kuantan.Trip ini ...

Penyabong, Mersing

Imej
​*Trip ke  Penyabong Warisan Resort*🚗 🏝 Jan 2017 --------- 9pg | gerak dr rumah kawan 50604km 11.53pg | smpi di Penyabong 50726km 2.26ptg | dr Endau mkn tengahari smpi di Penyabong Warisan Resort 50783km *dlm 122km (pergi) rumah kawan➡Penyabong shja --------- Hari Kedua 11.30pg | gerak pulang dr Penyabong 50821km 12.30pg | dr bandar Endau 50840km 1.05ptg | mkn tghri di khunkap cafe Rompin 3.30ptg | sampai rumah kawan 50941km *dlm 120km (balik) Saya dan sahabat saya merancang melancong ke tempat yang aman untuk berehat.Kami berempat berpakat untuk ke Penyabong. Seperti biasa saya akan bertolak ke rumah kawan pada hari jumaat selepas habis waktu bekerja. Perjalanan ke rumah kawan mengambil masa 2 jam 30 minit. Selepas sarapan pagi,kami bertolak ke Endau. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami singgah di bandar Rompin membeli makanan untuk bekalan kami di sana. Kami sampai awal sebelum waktu check in dibenarkan. Oleh itu, kami ke bandar untuk makan tengaha...

Gunung Nuang

Imej
Awal september 2016 saya turut serta trekking Gunung Nuang melalui Janda Baik, Pahang. Seramai 26 orang turut serta.Saya pergi bersama dua orang sahabat saya dan seorang kawan biasa.Kami bertolak dari rumah pada pukul 1.30am.Kami bertolak awal agar dapat memandu secara santai dan dapat berehat dahulu di tempat berkumpul.Kami semua dijangka berkumpul pada pukul 3.30am.Walaubagaimanapun kami berada di tempat berkumpul agak lama menanti kawan-kawan lain.Lambat dari perancangan.Saya rasa seronok melakukan aktiviti bersama sahabat yang sememangnya memahami saya. Ini merupakan kali pertama saya menaiki gunung. Rasa seronok dan seram dalam masa yang sama tetapi saya sukakan cabaran dan kehijauan. Kami mula pada pukul 5.30am.Sebelum trekking kami mendengar taklimat ringkas dari pemandu arah kami.Beliau meminta agar kami semua tidak berpecah sehingga sampai di air terjun Chemperoh dan beliau juga memberi beberapa tips trekking. Pada awal perjalanan agak mendatar.sekali sekala kami ter...