Lata Meraung
Lata Meraung merupakan kawasan air terjun yang berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' merujuk kepada kawasan air terjun, manakala 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-olah bunyi orang meraung.Secara gurauan, memang meraung untuk sampai ke sini kerana lata ini jauh dari jalan besar.Pengunjung terpaksa melalui jalan kampung yang kecil.
Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam.Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15km. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta.
Terdapat beberapa peringkat air terjun di Lata Meraung. Bagi pengunjung yang datang berkeluarga, mereka boleh memilih untuk mandi-manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ianya lebih selamat. Namun, pengawasan perlu kepada keluarga dan anak-anak kerana kawasannya yang berbatu dan agak licin. Sesetengah kawasan adalah agak dalam dan perlu berhati-hati.
Saya membawa kawan-kawan saya yang datang ke rumah saya ke lata ini dengan bantuan sepupu saya. Lata ini sangat cantik dan mendamaikan.Sekali pergi kita akan rasa ingin pergi lagi.
Ulasan
Catat Ulasan