Penyabong, Mersing
9pg | gerak dr rumah kawan 50604km
11.53pg | smpi di Penyabong 50726km
2.26ptg | dr Endau mkn tengahari smpi di Penyabong Warisan Resort 50783km
*dlm 122km (pergi) rumah kawan➡Penyabong shja
---------
Hari Kedua

11.30pg | gerak pulang dr Penyabong 50821km
12.30pg | dr bandar Endau 50840km
1.05ptg | mkn tghri di khunkap cafe Rompin
3.30ptg | sampai rumah kawan 50941km
*dlm 120km (balik)
Saya dan sahabat saya merancang melancong ke tempat yang aman untuk berehat.Kami berempat berpakat untuk ke Penyabong. Seperti biasa saya akan bertolak ke rumah kawan pada hari jumaat selepas habis waktu bekerja. Perjalanan ke rumah kawan mengambil masa 2 jam 30 minit.
Selepas sarapan pagi,kami bertolak ke Endau. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami singgah di bandar Rompin membeli makanan untuk bekalan kami di sana. Kami sampai awal sebelum waktu check in dibenarkan. Oleh itu, kami ke bandar untuk makan tengahari. Kami makan nasi campur. Selesai makan kami ke resort untuk check in. Kami berehat dan sebelah petang kami berjalan dan bergambar di sekitar kawasan resort. Resort yang kami duduki cantik dan bersebelahan dengan pantai. Di resort ada disediakan basikal dan sampan. Kami ingin menaiki basikal tetapi basikal yang tinggal hanya yang rosak.
Selesai bergambar dan melihat keadaan di resort,kami ke pasar malam berhampiran.Kami membeli makanan untuk makan malam.Sebelah malam kami hanya berehat di bilik. Kami berborak dan berehat.Saya rasa seronok kerana kami jarang dapat bersama.
Sebelah pagi kami ke Jeti Penyabong berdekatan dengan resort.Kami berjalan-jalan menikmati keindahan pantai dan melihat bot-bot nelayan. Kami juga sarapan pagi di kedai berhampiran. Kami makan roti canai. roti canai yang disediakan bersaiz besar dan enak untuk dimakan. Kami juga mengambil gambar di sekitar pantai. Kami diberitahu petang sabtu boleh membeli ikan segar di jeti. Selain itu di jeti Penyabong juga, orang ramai boleh pergi ke Kelong Acheh untuk memancing.
Selesai mengemas barang, kami check out. Dalam perjalanan kami singgah membeli kuih bahulu di kampung tersebut. Di bandar Rompin kami membeli ikan bilis segar di rumah kawan bapa kawan saya.Kami juga makan tengahari di sini.
Sesampai di rumah kawan, saya berehat sebentar dan bertolak balik ke rumah.Saya harap agar kami berempat dapat melawat ke tempat lain bersama.

Ulasan
Catat Ulasan