Latihan menunggang kuda di Kampung Permatang Badak, Kuantan


Saya telah lama berharap untuk belajar menunggang kuda.saya hubungi equine centre,pada mula saya ingatkan slot saya hanya sekali tetapi pemilik ambil keputusan untuk memberi saya 5 slot iaitu pagi dan petang kerana saya berada jauh dari sini dan saya susah untuk ke sana.pemilik juga berkata untuk latihan perlukan sesi yg tidak jarak banyak harinya.
Maka bermula hari jumaat merupakan slot pertama saya.saya tidak pernah menunggang kuda selama ini.saya sukakan kuda tetapi saya takut untuk menunggang.Tiga pusingan pertama tunggangan saya dipandu oleh pemilik.seterusnya saya dibiarkan untuk menunggang sendiri.saya masih rasa tidak yakin.sesi pertama saya tidak berjaya mengawal kuda.sesi pertama dalam 40 minit.
Antara sifat kuda yang saya tahu dan diberitahu ialah kuda sangat manja dan kuda akan mengenali kita melalui bau badan kita.kuda akan percaya pada kita jika kita memberi makan dengan tangan kita sendiri dan memandikan kuda.selain itu kuda tidak akan berjalan atau melepasi pagar walaupun pagar tersebut rendah sahaja.kuda juga dapat tahu jika kita takut.kudai suka dibelai.
Slot kedua saya,saya semakin yakin.saya menunggang sendiri dan jurulatih hanya melihat dari jauh.slot ketiga saya diajar untuk berdiri di atas kuda untuk persediaan trot.trot adalah penunggang bangun dan duduk sambil kuda berlari.slot keempat jurulatih cuba mengajar saya menunggang laju,tetapi saya rasa tidak seimbang.slot kelima juga saya masih tidak berjaya untuk trot.slot keenam dan ketujuh jurulatih meramal saya dapat melakukan trot.minggu hadapan saya akan ke sana untuk sesi keenam dan ketujuh.Saya rasa seronok sangat dapat menunggang kuda dan membelai kuda.saya dapat senyum dan ketawa semasa berlatih menunggang kuda.
Sesi keempat peha mula terasa sakit.sebelah malam saya menyapu krim halia agar rasa sakit berkurangan.jurulatih mengatakan sakit di peha dan belakang biasa bagi orang yang baru belajar kerana badan masih cuba menyesuaikan diri.
Saya akan terus belajar menunggang sehingga berjaya melakukan canter.canter dilakukan dengan penunggang hanya duduk dan kuda berlari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bukit kertau, chenor 04082018

Penyabong, Mersing