Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan. 

Pelawat boleh menyertai aktiviti yang akan bermula dari jam 10.30 pagi.

10.30 pagi – 12.00 tengahari : Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.

1.00 & 1.30 petang : Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.

2.15 petang​ : Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.

2.45 -3.15 petang : Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan. Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.

Pusat ini terletak 15km daripada pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang dan pelawat boleh memandu dengan selesa ke sini di Kuala Gandah. tempat parking juga disediakan bagi para pelawat.Pusat ini menarik untuk dilawati bersama keluarga. Kita boleh datang dan menderma kepada pusat ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bukit kertau, chenor 04082018

Penyabong, Mersing

Latihan menunggang kuda di Kampung Permatang Badak, Kuantan