Teluk Kemang, Port Dickson
⏲ Perjalanan ke PD⛱
142658 km - dari rumah kawan , jam 10.15 pg
142762 km - sampai ke Batu Kikir Negeri Sembilan
142803 km - sampai Senawang, jam 12.20t/hari
- sampai tol, caj rm3.20 jam 12.50t/hari
142846 km - sampai Hotel Mesra, Teluk Kemang jam 1.10ptg
142762 km - sampai ke Batu Kikir Negeri Sembilan
142803 km - sampai Senawang, jam 12.20t/hari
- sampai tol, caj rm3.20 jam 12.50t/hari
142846 km - sampai Hotel Mesra, Teluk Kemang jam 1.10ptg
💳 Tol = rm6.40
⛽Petrol = rm50
⛽Petrol = rm50
__________
🚘Perjalanan dari PD ke 🏠
142865 km - dari PD, jam 2.15ptg
143056 km - sampai rumah kawan, jam 6.30ptg
143056 km - sampai rumah kawan, jam 6.30ptg
Saya dan seorang sahabat merancang untuk bercuti bersama.Kami akan cari masa untuk bersama.Kali ini kami merancang untuk ke Port Dickson.
Seorang lagi sahabat kami sarankan agar kami mencari tempat penginapan di Teluk Kemang.Kami melihat beberapa opysen akhirnya kami memilih Hotel Mesra, Teluk Kemang.harganya murah dan strategik.
Pagi sabtu selepas sarapan di kedai dan mengisi petrol, kami memulakan perjalanan.Perjalanan lancar dan ada ketika kami menempuh hujan.Alhamdulillah sepanjang kami berada di Port Dickson hari cerah.
Sesampai kami di Port Dickson,kami check-in dan berehat sebentar.Kemudian kami makan tengahari di Cowboy Place yang menghidangkan nasi kukus ayam panggang bersama air tembikai.Di sini diperdengarkan alunan lagu cowboy.Hiasan juga berlatarbelakangkan zaman cowboy.
Pada awalnya kami ingin melawat rumah terbalik & ladang burung unta tetapi tiket yang dikenakan agak mahal bagi kami.Maka kami ke Dataran Teluk Kemang.Kebetulan di sana ada karnival.Pelbagai barangan dijual dan artis terlibat.Antara barangan yang dijual adalah pakaian,kosmetik,aksesori dan makanan.Kami banyak meluangkan masa di sini.Pada sebelah malam terdapat ucapan perasmian, pertunjukan bermain api,tarian orang asal, promosi movie dan sebagainya.Kami minum petang dan makan malam di sini.
Pagi esoknya selepas sarapan pagi kami ke muzium tentera darat.Pelbagai barangan dipamerkan seperti senjata,pakaian tentera,perisai dan lain-lain.Selesai melawat ke sana kami makan tengahari di restoran berhampiran.Dalam perjalanan pulang kami singgah gerai kecil di tepi jalan Kuala Pilah membeli makanan seperti kuih bahulu, belacan, pisang salai dan sebagainya.
Perjalanan pulang kami lancar walaupun ada ketika menempuh jalan sesak dan hujan.Saya membeli petrol dahulu sebelum pulang ke rumah saya yang memakan masa 2 jam 30 minit.Saya berasa seronok dapat meluangkan masa bersama sahabat saya.
Ulasan
Catat Ulasan