Pulau Tioman

Pada April 2013, saya, abang dan kakak ipar ke Pulau Tioman. Pulau Tioman terletak di daerah Rompin, Pahang. Pulau Tioman mempunyai 8 buah kampung.Kami memilih untuk menginap di Kampung Genting. Kami menaiki feri dari Tanjung Gemuk, Rompin. Pelancong juga boleh menaiki feri dari Mersing. Lapangan terbang juga ada di Kampung Tekek.Pelbagai cara pengangkutan untuk ke Pulau Tioman. Kami memilih masa bertolak dari Tanjung Gemuk paling awal. 

Kami disambut oleh wakil resort di jeti. Selesai check in bilik, kami terus berenang dan berehat di pantai.Pasir putih dan air jernih.Sambil berenang kami dapat melihat ikan-ikan dan hidupan dalam air. Kami dapat melihat lebih banyak ikan di sekitar jeti. Sebelah malam, selesai makan malam kami ke restoran dan ke sekitar jeti. Kami menikmati pemandangan sebelah malam. Udara sejuk membuatkan kami leka di sekitar jeti. Kami tidur dengan lena malam tersebut kerana seharian di pantai. 

Hari kedua selesai sarapan pagi, kami mengikuti trip snorkelling ( Tulai or Rengis Island, Pasir Panjang,Marine Park, Tekek (Duty Free Shop ) (peralatan snorkelling disediakan termasuk dalam pakej).  Saya rasa seronok dapat snorkelling di laut yang jernih. Kami dapat melihat pelbagai jenis ikan dan terumbu karang. Kami juga dibawa ke taman marin. Kami berenang dan makan tengahari di taman marin.Setiap pelawat perlu bayar untuk memasuki taman marin. Selain itu kami dibawa ke Kampung Tekek. Di kampung ini terdapat kedai bebas cukai. Pelbagai barangan di jual seperti minyak wangi,coklat dan sebagainya. Kami sampai semula ke resort sebelah petang. Waktu malam selesai makan malam, kami berjalan disekitar jeti menikmati udara sejuk malam. Malam ini juga kami tidur lena kerana aktiviti yang memenatkan tetapi menyeronokkan di siang hari. 

Hari ketiga selesai sarapan, kami membeli hasil laut seperti ikan kering dan ikan bilis yang segar untuk dibawa balik.Harganya juga berpatutan. Sambil menunggu feri sampai,kami juga mengambil gambar di sekitar kampung sebagai kenangan kami pernah menjejak kaki ke sana. 

Saya rasa tenang dan gembira sepanjang berada di sini dan untuk makluman, line telefon tiada sepanjang berada di sana. Kita dapat larikan diri seketika dari kesibukan di tempat sendiri. Sekiranya ada kawan yang ajak,saya akan pergi sekali lagi.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bukit kertau, chenor 04082018

Penyabong, Mersing

Latihan menunggang kuda di Kampung Permatang Badak, Kuantan