Gunung Senyum
Saya dan famili saya sudah beberapa kali ke Gunug Senyum. Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang.Gunung Senyum hanya 30 minit perjalanan dari rumah saya.Gunung Senyum memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik.Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN.
Apabila sampai di sana sebelum memulakan pengembaraan, kita perlu mengisi maklumat seperti nama dan bilangan orang di pejabat. Kami akan mengikuti laluan ringkas yang memakan masa 1 jam berjalan kaki. Anda juga digalakan membawa air dan makanan ringan. Kami akan makan dan berehat selepas sampai semula ke hadapan.
Bagi laluan ringkas, anda akan melalui Gua Terang Bulan, Gua Makam Tok Long, Gua Danau Impian, Gua.Gajah, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Anda dapat melihat gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Setiap gua terdapat papan yang menceritakan nama dan sejarah gua tersebut. Anda akan melalui kawasan yang sangat bersih iaitu tiada daun kering dan seperti kawasan tersebut dijaga rapi. Ada juga gua yang sangat bersih seperti dijaga rapi.Ada masa kita perlu menaiki tangga untuk ke gua seterusnya.
Antara sejarah yang saya ingat ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Kita dapat melihat keindahan alam sambil mengamati sejarah setiap gua. Apabila pernah pergi sekali kebiasaannya kita akan pergi berulang-kali seterusnya.
Ulasan
Catat Ulasan