Bukit Gambang Resort City
Pada Disember 2013, saya dan famili bercuti di Bukit Gambang Resort di Gambang, Kuantan. Saya dapat tiket murah dari kawan baik saya. Kami bermalam di sini. Resort ini ada dua jenis taman iaitu safari park dan water park.
Hari pertama, kami ke safari park.Sewaktu kami ke sana, safari park masih dalam pembangunan dan kebanyakan haiwan masih peringkat kecil. Pelbagai jenis binatang yang dapat kami lihat. Mereka juga ada mrnyediakan persembahan.Bahagian safari juga ada bahagian haiwan bebas. Kami menaiki bas ke bahagian tersebut.Kami dapat melihat haiwan seperti harimau. Sebelah malam pula ada night safari. Kami juga tidak melepaskan peluang ke night safari. Persembahan bermain api ada pada waktu malam.
Keesokannya kami memasuki pula water park. Di sini kami menyewa kabanna untuk berehat. Makanan luar tidak dibenarkan. Saya mencuba semua jenis slide dan permainan lain. Saya rasa sangat seronok mencuba pelbagai jenis slide. Pelbagai jenis permainan ada untuk dewasa dan kanak-kanak.
Tiket boleh dibeli untuk gabungan 2 park atau membeli 1 jenis park sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan