Catatan

Bukit kertau, chenor 04082018

Imej
Bukit Kertau, Chenor 4 Ogos 2018 7.50 am Bertolak dari Rumah 8.30 am Sampai di Surau Taman Jaya, Temerloh 8.50 am Sampai di starting point Bukit Kertau 10 am Mula hiking 11.15  am Sampai puncak 12.15  pm Mula turun 1 pm Sampai bawah dan menunggu semua peserta di loji air 1.30 pm Gerak balik dari starting point  Bukit Kertau 2.00 pm Sampai di Masjid Jamek, Chenor 2.30 pm Gerak dari Masjid Jamek, Chenor 2.45 pm Sampai di Taman Jaya, Temerloh 4.30 pm Sampai ke rumah Pada 4 Ogos 2018, Pahang Hikers And Mountaineering Community (HAMOC) berkolaborasi bersama Pasukan Latihan Simpanan Tentera Laut (PALAPES UMP) ke Bukit Kertau dan memasang Signboard Bukit Kertau @ Mulberry Hill. Bukit Kertau terlipat dalam sejarah sebagai rujukan sistem pemetaan Semenanjung Malaysia pada tahun 1948. Ini bermakna istimewanya jika kita berada di situ kita berada dititik tengah semenanjung antara timur,barat, selatan dan utara. Nama Bukit Kertau @ Mulberry Hill ju...

Gunung Senyum

Imej
Saya dan famili saya sudah beberapa kali ke Gunug Senyum.  Gunung Senyum  terletak di  Felda   Jengka 25 , Jengka,  Pahang.Gunung Senyum hanya 30 minit perjalanan dari rumah saya. Gunung Senyum memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Gua-gua di sini dibawah jagaan  PERHILITAN.  Apabila sampai di sana sebelum memulakan pengembaraan, kita perlu mengisi maklumat seperti nama dan bilangan orang di pejabat. Kami akan mengikuti laluan ringkas yang memakan masa 1 jam berjalan kaki. Anda juga digalakan membawa air dan makanan ringan. Kami akan makan dan berehat selepas sampai semula ke hadapan.  Bagi laluan ringkas, anda akan melalui   Gua Terang Bulan, Gua Makam Tok Long, Gua Danau Impian, Gua.Gajah, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Anda dapat melihat  gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan  stalagtait  dan  stalagmait. Setiap gua terdapat papan yang menceritakan nama dan sejarah gua tersebut. An...

Pulau Tioman

Pada April 2013, saya, abang dan kakak ipar ke Pulau Tioman. Pulau Tioman terletak di daerah Rompin, Pahang. Pulau Tioman mempunyai 8 buah kampung.Kami memilih untuk menginap di Kampung Genting. Kami menaiki feri dari Tanjung Gemuk, Rompin. Pelancong juga boleh menaiki feri dari Mersing. Lapangan terbang juga ada di Kampung Tekek.Pelbagai cara pengangkutan untuk ke Pulau Tioman. Kami memilih masa bertolak dari Tanjung Gemuk paling awal.  Kami disambut oleh wakil resort di jeti. Selesai check in bilik, kami terus berenang dan berehat di pantai.Pasir putih dan air jernih.Sambil berenang kami dapat melihat ikan-ikan dan hidupan dalam air. Kami dapat melihat lebih banyak ikan di sekitar jeti. Sebelah malam, selesai makan malam kami ke restoran dan ke sekitar jeti. Kami menikmati pemandangan sebelah malam. Udara sejuk membuatkan kami leka di sekitar jeti. Kami tidur dengan lena malam tersebut kerana seharian di pantai.  Hari kedua selesai sarapan pagi, kami mengikuti trip ...

Lata Meraung

Lata Meraung  merupakan kawasan air terjun yang berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' merujuk kepada kawasan air terjun, manakala 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-olah bunyi orang meraung.Secara gurauan, memang meraung untuk sampai ke sini kerana lata ini jauh dari jalan besar.Pengunjung terpaksa melalui jalan kampung yang kecil. Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam.Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15km. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta. Terdapat beberapa peringkat air terjun di Lata Meraung. Bagi pengunjung yang datang berkeluarga, mereka boleh memilih untuk mandi-manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ianya lebih selamat. Namun, pengawasan perlu kepada keluarga dan anak-a...

Bukit Gambang Resort City

Imej
Pada Disember 2013, saya dan famili bercuti di Bukit Gambang Resort di Gambang, Kuantan. Saya dapat tiket murah dari kawan baik saya. Kami bermalam di sini. Resort ini ada dua jenis taman iaitu safari park dan water park.  Hari pertama,  kami ke safari park.Sewaktu kami ke sana, safari park masih dalam pembangunan dan kebanyakan haiwan masih peringkat kecil. Pelbagai jenis binatang yang dapat kami lihat. Mereka juga ada mrnyediakan persembahan.Bahagian safari juga ada bahagian haiwan bebas. Kami menaiki bas ke bahagian tersebut.Kami dapat melihat haiwan seperti harimau. Sebelah malam pula ada night safari. Kami juga tidak melepaskan peluang ke night safari. Persembahan bermain api ada pada waktu malam. Keesokannya kami memasuki pula water park. Di sini kami menyewa kabanna untuk berehat. Makanan luar tidak dibenarkan. Saya mencuba semua jenis slide dan permainan lain. Saya rasa sangat seronok mencuba pelbagai jenis slide. Pelbagai jenis permainan ada untuk dewasa dan kanak-...

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.  Pelawat boleh menyertai aktiviti yang akan bermula dari jam 10.30 pagi. 10.30 pagi – 12.00 tengahari : Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik. 1.00 & 1.30 petang : Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan. 2.15 petang​ : Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas. 2.45 -3.15 petang : Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan keboleha...

Taman Negara Kuala Tahan

Imej
Hujung minggu selama 2 hari dan 1 malam, kami bertiga mengikuti trip lone ranger di Taman Negara Kuala Tahan. Saya, sahabat saya dan seorang rakan sekerja saya bertolak dari rumah ke Taman Negara. Saya telah lama merancang untuk ke taman negara. Walaubagaimanapun hasrat tidak tercapai atas faktor tiada masa yang sesuai. Tengah tahun saya melewati laman web taman negara. Saya terbaca ada trip bagi orang yang kekurangan kawan untuk membentuk kumpulan untuk memasuki taman negara. Saya dan sahabat merancang untuk pergi berdua.Saya bertanya kepada kawan sekerja saya dan dia juga ingin mengikuti trip kami. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10am dan sampai ke taman negara pada pukul 1pm. Kami ke taman negara melalui jalan darat. Keadaan jalan ke sana elok dan sesuai untuk kenderaan biasa. Setelah kami sampai di sana, kami ke pejabat untuk mendengar taklimat dan seorang wakil membawa kami ke tempat penginapan. Kami hanya perlu berjalan kaki dari homestay ke jeti Kuala Tahan.Kami ma...