Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Gunung Senyum

Imej
Saya dan famili saya sudah beberapa kali ke Gunug Senyum.  Gunung Senyum  terletak di  Felda   Jengka 25 , Jengka,  Pahang.Gunung Senyum hanya 30 minit perjalanan dari rumah saya. Gunung Senyum memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Gua-gua di sini dibawah jagaan  PERHILITAN.  Apabila sampai di sana sebelum memulakan pengembaraan, kita perlu mengisi maklumat seperti nama dan bilangan orang di pejabat. Kami akan mengikuti laluan ringkas yang memakan masa 1 jam berjalan kaki. Anda juga digalakan membawa air dan makanan ringan. Kami akan makan dan berehat selepas sampai semula ke hadapan.  Bagi laluan ringkas, anda akan melalui   Gua Terang Bulan, Gua Makam Tok Long, Gua Danau Impian, Gua.Gajah, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Anda dapat melihat  gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan  stalagtait  dan  stalagmait. Setiap gua terdapat papan yang menceritakan nama dan sejarah gua tersebut. An...

Pulau Tioman

Pada April 2013, saya, abang dan kakak ipar ke Pulau Tioman. Pulau Tioman terletak di daerah Rompin, Pahang. Pulau Tioman mempunyai 8 buah kampung.Kami memilih untuk menginap di Kampung Genting. Kami menaiki feri dari Tanjung Gemuk, Rompin. Pelancong juga boleh menaiki feri dari Mersing. Lapangan terbang juga ada di Kampung Tekek.Pelbagai cara pengangkutan untuk ke Pulau Tioman. Kami memilih masa bertolak dari Tanjung Gemuk paling awal.  Kami disambut oleh wakil resort di jeti. Selesai check in bilik, kami terus berenang dan berehat di pantai.Pasir putih dan air jernih.Sambil berenang kami dapat melihat ikan-ikan dan hidupan dalam air. Kami dapat melihat lebih banyak ikan di sekitar jeti. Sebelah malam, selesai makan malam kami ke restoran dan ke sekitar jeti. Kami menikmati pemandangan sebelah malam. Udara sejuk membuatkan kami leka di sekitar jeti. Kami tidur dengan lena malam tersebut kerana seharian di pantai.  Hari kedua selesai sarapan pagi, kami mengikuti trip ...

Lata Meraung

Lata Meraung  merupakan kawasan air terjun yang berhampiran Bandar Jerantut. Perkataan 'Lata' merujuk kepada kawasan air terjun, manakala 'Meraung' diberi nama kepada kawasan air terjun tersebut kerana deruan air yang jatuh ke permukaan kolam seolah-olah bunyi orang meraung.Secara gurauan, memang meraung untuk sampai ke sini kerana lata ini jauh dari jalan besar.Pengunjung terpaksa melalui jalan kampung yang kecil. Pelancong yang lebih suka berjalan kaki juga adalah tidak digalakkan memandangkan jaraknya yang sangat jauh daripada laluan bas awam.Jarak dari Bandar Jerantut ke Lata Meraung adalah lebih kurang 15km. Dari Bandar Jerantut, pengunjung harus meneruskan perjalanan melalui jalan besar Jerantut-Benta. Terdapat beberapa peringkat air terjun di Lata Meraung. Bagi pengunjung yang datang berkeluarga, mereka boleh memilih untuk mandi-manda bersama anak-anak di kolam paling bawah memandangkan ianya lebih selamat. Namun, pengawasan perlu kepada keluarga dan anak-a...